Featured Posts
Thursday, December 27, 2012
Sunday, December 9, 2012
Rela Di masukkan ke Neraka
Pada suatu hari, Nabi Musa as sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya .Pada masa yang sama Nabi Musa as melihat seseorang sedang beribadah.Umur orang tersebut lebih dari 500 tahun.Orang tersebut ialah seorang ahli ibadah .Nabi Musa as menyapa dan mendekati ahli ibadah tersebut .Setelah berbicara sejenak,lalu ahli ibadah tersebut bertanya kepada Nabi Musa as
"Wahai Musa as , aku telah beribadah kepada ALLAH SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa.Di manakah ALLAH SWT AKAN meletakkanku di syurgaNYA..??..Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada ALLAH SWT."
Nabi Musa as mengabulkan permintaan ahli ibadah itu , lalu Nabi Musa as bermunajat bermohon kepada ALLAH SWT agar ALLAH SWT memberitahu kepadanya di mana ummatnya itu di tempatkan di akhirat kelak.ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa as ,sampaikanlah kepadanya bahawa AKU akan meletakkannya di dasar Neraka ku yang paling dalam"
Kemudian Nabi Musa as pun mengabarkan kepada ahli ibadah tersebut seperti apa yang di firmankan oleh ALLAH SWT kepadanya.Ahli ibadah tersebut terkejut dengan apa yang telah disampaikan oleh Nabi Musa as.Dengan perasaan sedih,ahli ibadah tersebut beranjak keluar dari hadapan Nabi Musa as.Pada malam hari,ahli ibadah terebut terus berfikir mengenai keadaan dirinya.Dia juga berfikir bagaimana keadaan saudara-saudaranya,teman-temannya dan orang lain yang baru beribadah selama 200 tahun,300 tahun dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya,di mana mereka akan di tempatkan di akhirat kelak..?
Keesokkan harinya,ahli ibadah tersebut ingin berjumpa dengan Nabi Musa as,lalu ia pun pergi bertemu dengan Nabi Musa as.Ahli ibadah tersebut pun berkata
"Wahai Musa as ,aku rela ALLAH SWT meletakkan dan memasukkan aku kedalam NerakaNYA,namun aku ada satu permohonan.Aku mohon apabila diriku atau tubuhku di masukkan kedalam nerakaNYA,maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu neraka tertutup oleh tubuhku agar tiada seorang pun akan dapat masuk kedalamnya"
Nabi Mausa as menyampaikan hajat ahli ibadah tersebut kepada ALLAH SWT.Setelah mendengar apa yang di sampaikan oleh Nabi Musa as , maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa,sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang AKU akan meletakkannya ke dalam SyurgaKU yang paling tinggi"..
Si Kecil Takutkan Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tu sedang berjalan-jalan di tepi sungai,pada masa yang sama lelaki tua tiu terpandangkan seorang anak kecil mengambil air wuduk sambil menanggis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menanggis,lalu dia pun bertanya dan berkata
"wahai anak kecil kenapa kamu menanggis.??"
Maka berkata anak kecil itu
"wahai pak cik saya menanggis kerana telah menbaca yat AL-QURAN sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi (YAA AYYUHAI LADZINAA AAMANUU QUU ANFUSAKUM) yang bermaksud (WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JAGALAH OLEHMU SEKALIAN AKAN DIRIMU) saya menaggis kerana saya takut akan di masukkan ke dalam neraka"
Berkata orang tua itu
"wahai anak kecil ,janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan di masukkan ke dalam api neraka"
Berkata anak kecil itu
"wahai pak cik ,pak cik adalah orang yang berakal ,tidakkah pak cik melihat kalau orang yang ingin menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan adalah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian yang barulah mereka letakkan kayu yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan di bakar terlebih dahulu sebelum di bakar orang yang dewesa"
Berkata orang itu sambil menanggis
"Sungguh anak kecil itu lebih takut kepada neraka berbanding orang dewasa,lalu bagaimanakah keadaan kami nanti"
Kenapa Perlu Menutup Aurat.?
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:
‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’
Jelas kepada kita sebagai orang Islam, bahawa tiada kompromi dalam hal aurat. Namun sebaliknya yang berlaku pada hari ini ialah ramai di kalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri yang menganggap pemakaian tudung terutamanya adalah satu bentuk penindasan kepada kaum wanita.
Berhijab adalah isu sepanjang zaman dan sentiasa menjadi bahan kontroversi terhadap masyarakat Islam minoriti di negara-negara Eropah.
Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.
Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?
Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.
Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.
“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”
Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”
“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”
“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.
“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.
Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.
“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”
Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.
Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.
“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”
“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.
“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”
“Pernah.”
“Pernah masuk ke kedai emas?”
“Pernah.”
“Pernah ke pasar malam?”
“Pernah.”
Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.
“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”
“Tentu sahaja di kedai emas.”
“Bagaimana keadaannya?”
“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”
“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”
“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”
Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.
Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.
“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.
Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”
Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”
Semua melafazkan syukur.
Saturday, November 17, 2012
Friday, October 12, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)